Sunday, 1 April 2012

Smartphone

Assalamualaikum w.b.t
Sehari-hari kita sering mendengar  "Smartphone" di akhbar, majalah bahkan ketika melayari internet kita sering membaca hal-hal yang berkaitan dengan smartphone. 

Apa sebenarnya yang dikatakan smartphone itu? 
Apa perbezaan antara smartphone dan handphone atau telefon bimbit biasa yang banyak terdapat dipasaran pada hari ini?


Antara Smartphone keluaran daripada Apple yang terdapat dipasaran pada masa kini.


Dalam pengertian yang mudah difahami smartphone adalah sebuah device yang membolehkan kita berkomunikasi (seperti telefon atau sms) yang juga terdapat fungsi PDA (Personal Digital Assistant) dan sistem operasinya sama seperti sistem komputer.

Dalam perkembangan awal, kita hanya mengenal Handphone dan PDA. handphone pada umumnya digunakan untuk melakukan komunikasi seperti menalefon manakala PDA digunakan sebagai pembantu peribadi dan organizer. Penggunaan PDA ini membolehkan kita menyimpan data contact, to do list seperti yang terdapat pada sistem komputer. Perkembangan teknologi ini juga telah mewujudkan PDA yang mempunyai ciri-ciri pintar lain seperti sambungan wireless sehingga mampu menerima dan menghantar e-mel, pada masa sama juga boleh menghantar mesej. Penambahan fungsi ini pada device PDA, turut di aplikasikan pada handphone sehingga terhasilnya sebuag smartphone.

Bagaimana smartphone beroperasi?
Ciri utama sebuah smartphone adalah mempunyai sistem operasi yang membolehkan kita menjalankan pelbagai aplikasi seperti Windows Mobile, Android, Symbian ataupun Sistem Operasi Blackberry.
Apakah software atau aplikasi yang digunakan untuk smartphone?
Sebuah smartphone selalunya mempunyai pelbagai aplikasi/software yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan memenuhi keperluan kerja sehari-hari. Misalnya Doc To Go, untuk membuat dan mengedit dokumen word di Smartphone.

Mengakses Internet / Web
Kemampuan yang dimiliki oleh sebuah smartphone adalah boleh digunakan untuk mengakses web/internet dan kandungan yang diberikan di broswernya, sudah hampir sama seperti kita mengakses web dengan menggunakan komputer. Opera Mobile, Skyfire Mobil, IE Mobile adalah contoh beberapa browser yang terdapat dalam smartphone.

Keyboard QWERTY
Ciri khas smartphone adalah QWERTY Keyboard, ini tentunya untuk memudahkan pengguna smartphone untuk menaip dokumen atau menghantar mesej. Paparan QWERTY Keyboard boleh didapati dalam bentuk fizikal (hardware) misalnya seperti smartphone Blackberry dan ia juga boleh ditampilkan dalam bentuk keyboard virtual seperti smartphone iPhone.

Keyboard QWERTY dan touch screen
Messaging
Kemampuan mengolah mesej pada smartphone tidak hanya terbatas pada kiriman sms, tetapi juga telah dilengkapi dengan kemampuan menghantar e-mel, kebolehan mengakses mesej atau web seperti menggunakan sistem komputer..



No comments:

Post a Comment