Tuesday, 27 March 2012

Sistem Keselamatan Komputer

Assalamualaikum w.b.t
  • Apakah sistem keselamatan komputer yang anda guna pada sistem komputer anda sekarang sudah cukup untuk menghalang sebarang virus daripada memasuki sistem komputer anda?? 
  • Adakah firewall berfungsi sebagai antivurus dalam sistem komputer kita?
  • Adakah dengan penggunaan dua atau lebih antivirus dapat menghalang sistem komputer  daripada serangan virus?
Ini adalah antara permasalahan yang sering di hadapi oleh sebahagian daripada kita untuk mengetahui fungsi dan kecekapan sesuatu sistem keselamatan yang digunakan untuk sistem komputer. Saya akan menerangkan sistem keselamatan ini dengan menggunakan konsep-konsep perbandingan daripada menggunakan istilah-istilah komputer yang kompleks untuk memberikan penerangan.

Ibarat sebuah sekolah yang mempunyai kemudahan asrama, kelas, fasiliti sukan dan sebagainya. Terdapat ramai pelajar sekolah keluar masuk setiap hari ke sekolah. Dan sudah tentu, para pelajar perlu melalui ‘pagar’ yang disediakan di sekolah. Pagar di sekolah ini boleh diibaratkan sebagai ‘firewall’

Ini adalah kerana, sekiranya pagar dibuka, menandakan para pelajar boleh keluar dan masuk secara bebas untuk menggunakan fasiliti di sekolah dan sebagainya. Sekiranya pagar ditutup, bermakna larangan untuk keluar dan masuk ke kawasan sekolah. 

Sama juga sekiranya dibandingkan dengan sebuah sistem komputer. Data (Paket/trafik internet dsbnya ) boleh keluar masuk melalui laluan tertentu yang telah dibuka oleh firewall. Sekiranya laluan itu ditutup, sudah tentu ianya tidak boleh dilalui. Sebagai contoh, sekiranya firewall membuka port 80, ini bermakna firewall membenarkan aplikasi tertentu untuk keluar dan masuk. Dan sekiranya port 80 ini ditutup, menandakan tiada sebarang perkhidmatan dapat diberikan melalui port tersebut. Terdapat 65535 port bagi sesebuah sistem rangkaian, dan secara asasnya, kesemua port tersebut perlu ditutup sekiranya tidak diperlukan. Ini adalah untuk memastikan keselamatan yang optimum. 


Apa pula yang akan terjadi jika sistem firewall dimatikan? 
Ianya boleh diibaratkan dengan sebuah sekolah yang tiada langsung pagar, dan membolehkan para pelajar dan sesiapa sahaja keluar masuk ke sekolah dari semua arah. Dan ini terbuka kepada ancaman luar kerana tiada laluan khas disediakan untuk keluar masuk ke sekolah. Serupa juga bagi sebuah sistem operasi. Sekiranya ianya dimatikan, sesebuah sistem komputer akan terdedah kepada ancaman serangan virus dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan penggunaan dua atau lebih antivirus dalam satu sitem komputer?adakah ia lebih berkesan dan fungsinya sama seperti firewall??

Firewall bukan antivirus. Firewall adalah salah satu lapisan pertahanan yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer. Antara tugas  antivirus adalah untuk menyemak data yang keluar masuk. Ini boleh diibaratkan dengan adanya pengawal keselamatan yang menjaga keamanan dan memeriksa setiap pelajar yang keluar masuk ke sekolah. Apakah yang akan terjadi sekiranya tiada pengawal keselamatan yang menjaga keselamatan sekolah? Apakah dengan adanya pengawal keselamatan, keselamatan pasti dapat dijamin 100% ? Sudah tentu tidak.


  • Setiap pelajar perlu di periksa untuk mengelakkan sebarang cubaan dari anasir – anasir luar yang cuba masuk ke dalam sekolah. Bagaimana pula individu yang tidak sah boleh melepasi saringan pihak keselamatan? Ini adalah kerana pihak keselamatan perlu meneliti dahulu dan mengemaskini data maklumat pelajarnya agar saringan dilakukan dengan lebih tepat. Sama juga dengan perisian antivirus, perisian antivirus perlulah sentiasa dikemas kini agar fungsinya dapat dioptimakan. Sebuah sistem komputer yang dilengkapi perisian antivirus yang tidak dikemaskini boleh dianggap sebagai sistem yang langsung tidak mempunyai perisian tersebut.
  • Penggunaan dua atau lebih antivirus dalam satu sistem komputer sangat tidak disyorkan, kerana antivirus itu akan memerlukan memori untuk melakukan realtime scanning dan hal lain, sehingga apabila kita menggunakan dua antivirus dalam satu sistem ia akan menyebabkan antivirus tersebut berebut-rebut untuk mengambil sumber memori yang akan mengakibatkan terganggunya aplikasi yang lain yang terdapat dalam sistem.




No comments:

Post a Comment