Rangkaian Komputer adalah sekumpulan komputer autonomi yang saling berkaitan antara satu sama lain menggunakan protokol komunikasi melalui media komunikasi sehingga dapat saling berkongsi maklumat, program - program, penggunaan bersama peranti seperti printer, hard disk, dan sebagainya.Selain itu rangkaian komputer boleh diertikan sebagai kumpulan terminal komunikasi yang berada diberbagai lokasi yang terdiri daripada lebih satu komputer yang saling berkaitan.Manfaat yang diperolehi dalam membina rangkaian komputer ialah:
a) Sharing resources
Sharing resources bertujuan agar seluruh program, peralatan atau peripheral lain boleh dimanfaatkan oleh setiap orang yang ada pada rangkaian komputer tanpa terpengaruh oleh lokasi mahupun pengaruh dari pengguna.
b ) Media Komunikasi
Rangkaian komputer membolehkan terjadinya komunikasi antara pengguna, baik untuk teleconference mahupun untuk menghantar mesej atau maklumat penting yang lain.
c) Integrasi Data
Rangkaian komputer boleh mencegah pergantungan pada komputer pusat, kerana setiap proses data tidak harus dilakukan pada satu komputer sahaja, tetapi boleh diedarkan ke tempat lain. Oleh sebab itu, maka terbentuk data yang bersepadu yang memudahkan pengguna untuk memperoleh dan memproses maklumat setiap saat.
d) Pembangunan & penjagaan
Pembangunan peralatan dapat dilakukan dengan mudah dan menjimatkan kos, kerana setiap pembelian komponen seperti printer. Maka tidak perlu membeli printer sejumlah komputer yang ada tetapi cukup satu buah printer sahaja digunakan secara bersama - sama. Rangkaian komputer juga memudahkan pengguna dalam merawat hard disk dan peralatan yang lain, misalnya untuk memberi perlindungan terhadap serangan virus maka pengguna hanya menumpukan perhatian pada hard disk yang ada terdapat pada komputer pusat.
e) Keselamatan Data
Sistem Rangkaian Komputer dapat memberikan perlindungan terhadap data yang disimpan. Kerana pemberian dan pengaturan hak akses kepada para pengguna,serta teknik perlindungan terhadap hard disk sehingga data mendapatkan perlindungan yang berkesan dan maksimum.
f) Sumber Lebih Efisien dan Maklumat Terkini
Dengan penggunaan sumber secara bersama-sama ini, akan mendapat hasil yang maksimum dan berkualiti tinggi. Selain itu data atau maklumat yang dicapai adalah yang terkini, kerana perubahan yang terjadi akan dapat dikenalpasti oleh setiap pengguna.
No comments:
Post a Comment