Tuesday, 3 April 2012

Kelebihan & Kekurangan OS Smartphone

Assalamualaikum w.b.t
Sebelum ini saya telah berkongsi dengan kalian mengenai apa itu yang di panggil smartphone? apa kelebihan smartphone ini? kenapa ramai daripada kita sanggup berhabisan ribuan ringgit dan sanggup beratur panjang dari awal pagi untuk menjadi pemilik yang terawal memiliki gedget yang terkini dan terbaru di pasaran. Apa yang menarik mengenai smartphone ini? Tapi kalian jangan lupa setiap kelebihan itu pasti akan ada kekurangannya.. 


Jom kita tengok apa kelebihan dan kekurangan OS Smartphone ni..


  •  Android
1. Multitasking: Ya, telefon Android boleh menjalankan pelbagai aplikasi, itu bermakna anda boleh browsing, Facebookan sambil melayari lagu kegemaran kalian.

2. Kemudahan dalam pemberitahuan: Setiap ada SMS, Email atau bahkan artikel terbaru dari RSS Reader, akan selalu ada pemberitahuan di Home Screen Telefon Android, tidak ketinggalan lampu LED Indikator yang sentiasa berkelip-kelip sehingga anda tidak akan terlepas satu SMS, Email mahupun misscall sekalipun.

3. Akses mudah terhadap Ribuan Aplikasi Android melayari Google Android App Market: Kalau anda mudah untuk install aplikasi ataupun games dengan percuma. Ada ribuan aplikasi dan games yang siap untuk anda download di telefon Android.

4. Pilihan telefon yang beraneka ragam: Bercerita mengenai telefon Android akan terasa perbezaannya dibandingkan dengan iOS, jika iOS hanya terhad pada iPhone dari Apple, maka Android tersedia di telefon dari pelbagai pengeluar, mulai dari Sony Ericsson, HTC hingga Samsung. Dan setiap pengilang telefon telah mengeluarkan telefon Android dengan gaya masing-masing, seperti Sony Ericsson dengan Timespacenya. Jadi anda boleh memilih telefon Android yang sesuai dengan gaya dan jenama kegemaran anda.

5. Boleh memasang ROM yang diubahsuai: Jika anda pemilik smartphone tidak berpuas hati dengan paparan standard Android yang sedia ada, jangan bimbang masih ada banyak Costum ROM yang boleh anda aplikasikan di telefon Android.

6. Widget: Tepat sekali. Dengan adanya Widget di Homescreen anda dengan mudah boleh mengakses pelbagai setting dengan cepat dan mudah.

7. Google Maniac: Jika anda pengguna setiap perkhidmatan Google dari Gmail sampai Google Reader, telefon Android telah terintegrasi dengan perkhidmatan Google sehingga anda boleh dengan cepat memeriksa email dari Gmail.



Kekurangan


Connection Internet yang berterusan: Ya. Kebanyakkan telefon Android memerlukan sambungan internet yang serentak dan perlu sentiasa aktif. Sambungan internet GPRS selalu aktif setiap wakti, itu bermaksud anda perlu melanggan pakej internet yang sesuai dengan keperluan.


2. Iklan: Aplikasi di Ponsel Android memang boleh didapati dengan mudah dan percuma, namun akibatnya di setiap aplikasi tersebut, akan selalu muncul iklan yang terpampang dengan susunan iklan yang tidak teratur.


  • Symbian OS
Symbian merupakan sistem operasi yang paling banyak dipakai oleh smartphone, beberapa jenama smartphone yang menggunakan sistem operasi ini adalah Nokia, Sony Ericsson, LG, Simens, BenQ, Samsung dan lain-lain ia sangat sesuai bagi pengguna yang stylish dan memerlukan keperluan multimedia yang lengkap. Symbian diperkenalkan pertama kali pada 1998 dan dikembangkan oleh Symbian Foundation. 

Kelebihan:
Paling terkenal adalah mudah difahami (friendly user) dan sangat baik dalam penerapan ciri-ciri multimedia serta sudah mempunyai support adobe flash.

Kekurangan:
Tiada kedai online pembekal aplikasi yang bagus dan lengkap, walaupun sudah bersifat open source tetapi kenyataannya masih terikat pada versi OS dan jenis hardware yang digunakan.



  • Blackberry OS
Blackberry OS adalah sistem operasi yang hanya digunakan oleh smartphone BlackBerry buatan RIM (Research In Motion). Ianya sangat diminati kerana kemampuan push emailnya juga rekabentuk keyboard QWERTY yang sangat selesa bila digunakan untuk meng-entry teks secara cepat dan tepat sesuai dengan titlenya sebagai smartphone khusus untuk beremail ria. Tahun diperkenalkan pada 1994.

Kelebihan:
Merupakan multiple Pish Email yang terbaik pada hari ini, penyegerakan wireless(tanpa kabel seperti Bluetooth dan Infrared) yang lengkap, sistem keselamatan berlapis yang menjamin keselamatan data penting kita. 

Kekurangan:
Penyemak imbas web masih kurang bagus, ada bayaran tambahan yang dikenakan untuk menikmati perkhidmatan BlackBerry yang kita pakai, sistem operasi sangat tertutup dan tidak boleh diperibadikan.

  • MAC OS X
Smartphone iPhone yang disokong oleh MAC OS X menjadi sistem operasi yang sangat terkenal dengan adanya kemudahan dalam penggunaan user interface yang menarik dan intuitif. MAC OS X juga disokong kedai aplikasi online App Store, dan mampu memainkan lebih dari 100 ribu aplikasi mahupun games yang sedia ada dan tahun 2010 terus bertambah. Ia dikembangkan oleh Apple Inc dan diperkenalkan pada tahun 2001. Seperti halnya BlackBerry OS, MAC OS X juga terdapat pada smartphone iPhone. 

Kelebihan
Pada konsepnya sistem operasi ini direka mempunyai keunggulan untuk games, koleksi games yang tersedia sangat banyak. Sistem operasi yang stabil dan mudah digunakan bagi orang awam sekalipun, Browser Safari yang dimiliki sistem operasi ini juga merupakan yang terbaik untuk masa kini. Responsif dan Intituitif, pelayar web yang terbaek untuk masa ini, pemain muzik yang sangat bagus dari segi antara muka mahupun kualiti suara, adanya App Online Store yang menyediakan ribuan aplikasi dan games yang siap di download secara langsung.

Kekurangan:
Tidak multitasking. Sistem operasinya sangat tertutup dan tidak boleh diperibadikan, proses pensijilan untuk aplikasi baru sangat sukar. Aplikasi dan games hanya boleh dimuat turun dari App Store, bluetooth tidak boleh untuk proses penghantaran fail, entry teks kurang selesa. Sistem operasi ini terlalu protect dalam hal penyediaan aplikasi dan hanya sesuai dengan satu pembekal aplikasi sahaja. 

  • Windows Mobil (WinMo)
Windows Mobile awalnya diperkenalkan pada tahun 2000 dan direka untuk menyediakan pengalaman menggunakan PC pada peranti mudah alih, sehingga OS smartphone yang dibangunkan syarikat microsoft ini pada saat pertama di lancarkan dikenali sebagai Pocket PC. Ianya lebih menekankan kepada ciri-ciri kantoran dan organizer. Smartphone yang memiliki OS ini iaitu HTC dan Samsung kemudian mengembangkan user interface versi mereka yang lebih moden dan intuitif, Windows Mobile terbahagi kepada 2 versi iaitu 


  1. Versi Standard untuk telefon TouchScreen
  2. Versi Professional untuk telefon Skrin Sentuh.
Kelebihan:
Ciri kantoran yang sangat lengkap ditambah dengan integrasi perkhidmatan Microsoft Outlook dan Exchange menjadikan Windows Mobile peranti smartphone paling powerful bagi para peniaga, kemudahan tweaking, keupayaan multitasking yang baik OS ini.

Kekurangan:
Kuranng friendly user sehingga memerlukan pemahaman lebih dalam, sistem operasi terkesan lambat, kurang responsif serta penggunaan bateri yang maksimum, lesen Windows Mobile adalah berbayar sehingga smartphone WinMo ini lebih mahal.

Oleh yang demikian pilihlah smartphone yang mempunyai sistem operasi yang boleh memenuhi keperluan anda kerana sistem operasi beberapa smartphone mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berbeza-beza. 




No comments:

Post a Comment