Saturday, 17 March 2012

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran


Assalamualaikum wbt
Saya ingin berkongsi pengetahuan dan maklumat yang saya perolehi ini dengan rakan blog saya yang lain. Dalam bidang pendidikan, seseorang guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka bagi meningkatkan kefahaman serta  minat pelajar untuk menguasai sesuatu topik yang di pelajari dengan baik. melalui penggunaan ICT dalam proses p&p ini ia dapat membantu guru sekaligus pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan. 

Apakah yang didefinisikan dengan ICT?
ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat & Komunikasi) bermaksud teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Dengan lebih ringkas dan tepat ia didefinisikan sebagai penggunaan komputer dan perisisan untuk:
  • mengubah
  • menyimpan
  • melindungi
  • memproses
  • memindah
  • melihat
  • mendapatkan maklumat tanpa mengira waktu dan tempat.

Apa pula yang di maksudkan dengan penggunaan ICT dalam proses p&p??
Ia bermaksud penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam bilik darjah. Sebagai contoh dalam pengajaran matapelajaran sains, melalui penggunaan ICT ini guru dapat meluaskan lagi konsep pengajaran mereka. Selain itu ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Pelajar boleh mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau merbahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa di dalam bilik darjah.
 


Dengan penggunaan ICT ini juga ia mampu meningkatkan imaginasi serta kreativiti pelajar. Disamping itu ia memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum oleh guru dan ini sekaligus ia dapat meningkatkan penguasaan guru dalam penggunaan ICT. 



 Penggunaan ICT  ini terbahagi kepada 2 aspek utama iaitu:
  • Aspek pengajaran iaitu guru menggunakan ICT
  • Aspek pembelajaran iaitu murid menggunakan ICT

 Aspek pembelajaran ICT boleh di kategorikan kepada 4 iaitu:
  1. ICT sebagai alat tutorial 
  2. ICT sebagai alat penerokaan (eksploratori)
  3. ICT sebagai alat aplikasi
  4. ICT sebagai alat komunikasi
Manakala dalam konteks pengajaran pula ICT boleh digunakan sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.

 Penggunaan  ICT bagi proses pengajaran dan pembelajaran ini tidak terhad untuk pelajar di sekolah dan di bilik darjah sahaja. sebagai contoh ibu bapa juga boleh menggunakan video ini untuk memberi pendedahan mengenai teknologi ICT ini kepada anak-anak mereka. Seperti contoh video ini sangat membantu ibu bapa untuk melatih anak-anak mereka menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Melalui video ini anak-anak lebih mudah memahami dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.  Melalui pendekatan seperti ini pemahaman anak-anak mengenai makna bacaan solat lebih mendalam dan mereka dapat mengaplikasikannya dengan baik.












No comments:

Post a Comment