Bagi pengguna komputer riba atau laptop, penggunaan bateri adalah satu kemestian jika tiada bekalan elektrik. Adakah anda tahu jangka hayat sesebuah bateri bergantung kepada penggunaan harian anda? Untuk memastikan bateri itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama memerlukan anda tahu cara penjagaannya. Dan hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara untuk memanjangkan hayat sesebuat bateri dan prestasi bateri tersebut. Bagi sesiapa yang tidak menjaga bateri laptop mereka, anda perlu tahu berapakah harga sesebuah bateri tersebut di Malaysia dan dimanakah boleh mendapatkannya. Jadi, jom ikut tips penjagaan bateri yang boleh anda praktikkan seperti dibawah.
Periksa Bateri Laptop Menggunakan Command Prompt
1. Charger/AC Power
Jika anda berada dirumah, memang digalakkan untuk menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber elektrik yang datangnya dari bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan sumber elektrik sebelum menggunakan laptop. Kalau boleh bila pakai plug, tanggalkan bateri dari laptop.
2. Kawal Suhu Laptop
Jika menggunakan bateri, pastikan suhu laptop anda tidak terlalu panas. Jika suhu laptop anda terlalu tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah laptop berpusing lebih pantas daripada biasa. Selain daripada itu, anda perlu memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang dengan kotoran ataupun terlalu rapat dengan permukaan meja/alas laptop. Ini akan menyebabkan udara panas yang terhasil dari laptop akan berada disekitar itu sahaja. Sebaik-baik, condongkan laptop untuk memberi ruangan udara yang luas.
3. Kawal Kelajuan CPU
Anda boleh mengawal/mengurangkan kelajuan CPU semasa menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, anda perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Anda boleh memilih samaada untuk menggunakan pilihan Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).
4. Tambah RAM
Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang banyak.
5. Guna Hibernation Mode
Jika anda mahu meninggalkan laptop dalam keadaan terpasang, saya cadangkan anda guna Hibernation Mode. Jika anda hanya melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan semasa laptop didalam keadaan Hibernate.
6. Kurangkan Kecerahan Skrin
LCD screen dan hard disk adalah komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Matikan skrin LCD anda jika tidak menggunakannya. Selain itu, anda boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada laptop. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat menjaga mata juga.
7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman
Apa yang dimaksudkan hardware dalaman? Ianya adalah peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tidak digunakan, matikan. So, jimat sikit bateri. Boleh pakai lama.
8. UnPlug Peranti Luaran (External Device)
Penggunaan external hard disk, USB drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau nak guna dalam jangka masa yang lama, unplugkan ia. Kalau boleh mouse tu, tak payah la cucuk, pakai touchpad je.
9. Matikan Jadual Tugasan (Scheduled Tasks)
Apa yang saya maksudkan dengan jadual tugasan tu? Bunyinya macam kelakar plak. Hmmm. Dipendekkan cerita, matikan semua kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini kerana, untuk mendapatkan kemaskini terbaru terhadap aplikasi tersebut, ia menyemak data yang telah dipasang pada sistem anda. Jadi, lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan dihabiskan.
10. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu
Ini yang terakhir dan memang penting. Pastikan anda matikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi yang perlu sahaja. Selain itu, Elakkan penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang tinggi. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci harus dielakkan semasa dalam mode bateri.