Tuesday, 27 March 2012

Sistem Keselamatan Komputer

Assalamualaikum w.b.t
  • Apakah sistem keselamatan komputer yang anda guna pada sistem komputer anda sekarang sudah cukup untuk menghalang sebarang virus daripada memasuki sistem komputer anda?? 
  • Adakah firewall berfungsi sebagai antivurus dalam sistem komputer kita?
  • Adakah dengan penggunaan dua atau lebih antivirus dapat menghalang sistem komputer  daripada serangan virus?
Ini adalah antara permasalahan yang sering di hadapi oleh sebahagian daripada kita untuk mengetahui fungsi dan kecekapan sesuatu sistem keselamatan yang digunakan untuk sistem komputer. Saya akan menerangkan sistem keselamatan ini dengan menggunakan konsep-konsep perbandingan daripada menggunakan istilah-istilah komputer yang kompleks untuk memberikan penerangan.

Ibarat sebuah sekolah yang mempunyai kemudahan asrama, kelas, fasiliti sukan dan sebagainya. Terdapat ramai pelajar sekolah keluar masuk setiap hari ke sekolah. Dan sudah tentu, para pelajar perlu melalui ‘pagar’ yang disediakan di sekolah. Pagar di sekolah ini boleh diibaratkan sebagai ‘firewall’

Ini adalah kerana, sekiranya pagar dibuka, menandakan para pelajar boleh keluar dan masuk secara bebas untuk menggunakan fasiliti di sekolah dan sebagainya. Sekiranya pagar ditutup, bermakna larangan untuk keluar dan masuk ke kawasan sekolah. 

Sama juga sekiranya dibandingkan dengan sebuah sistem komputer. Data (Paket/trafik internet dsbnya ) boleh keluar masuk melalui laluan tertentu yang telah dibuka oleh firewall. Sekiranya laluan itu ditutup, sudah tentu ianya tidak boleh dilalui. Sebagai contoh, sekiranya firewall membuka port 80, ini bermakna firewall membenarkan aplikasi tertentu untuk keluar dan masuk. Dan sekiranya port 80 ini ditutup, menandakan tiada sebarang perkhidmatan dapat diberikan melalui port tersebut. Terdapat 65535 port bagi sesebuah sistem rangkaian, dan secara asasnya, kesemua port tersebut perlu ditutup sekiranya tidak diperlukan. Ini adalah untuk memastikan keselamatan yang optimum. 


Apa pula yang akan terjadi jika sistem firewall dimatikan? 
Ianya boleh diibaratkan dengan sebuah sekolah yang tiada langsung pagar, dan membolehkan para pelajar dan sesiapa sahaja keluar masuk ke sekolah dari semua arah. Dan ini terbuka kepada ancaman luar kerana tiada laluan khas disediakan untuk keluar masuk ke sekolah. Serupa juga bagi sebuah sistem operasi. Sekiranya ianya dimatikan, sesebuah sistem komputer akan terdedah kepada ancaman serangan virus dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan penggunaan dua atau lebih antivirus dalam satu sitem komputer?adakah ia lebih berkesan dan fungsinya sama seperti firewall??

Firewall bukan antivirus. Firewall adalah salah satu lapisan pertahanan yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer. Antara tugas  antivirus adalah untuk menyemak data yang keluar masuk. Ini boleh diibaratkan dengan adanya pengawal keselamatan yang menjaga keamanan dan memeriksa setiap pelajar yang keluar masuk ke sekolah. Apakah yang akan terjadi sekiranya tiada pengawal keselamatan yang menjaga keselamatan sekolah? Apakah dengan adanya pengawal keselamatan, keselamatan pasti dapat dijamin 100% ? Sudah tentu tidak.


  • Setiap pelajar perlu di periksa untuk mengelakkan sebarang cubaan dari anasir – anasir luar yang cuba masuk ke dalam sekolah. Bagaimana pula individu yang tidak sah boleh melepasi saringan pihak keselamatan? Ini adalah kerana pihak keselamatan perlu meneliti dahulu dan mengemaskini data maklumat pelajarnya agar saringan dilakukan dengan lebih tepat. Sama juga dengan perisian antivirus, perisian antivirus perlulah sentiasa dikemas kini agar fungsinya dapat dioptimakan. Sebuah sistem komputer yang dilengkapi perisian antivirus yang tidak dikemaskini boleh dianggap sebagai sistem yang langsung tidak mempunyai perisian tersebut.
  • Penggunaan dua atau lebih antivirus dalam satu sistem komputer sangat tidak disyorkan, kerana antivirus itu akan memerlukan memori untuk melakukan realtime scanning dan hal lain, sehingga apabila kita menggunakan dua antivirus dalam satu sistem ia akan menyebabkan antivirus tersebut berebut-rebut untuk mengambil sumber memori yang akan mengakibatkan terganggunya aplikasi yang lain yang terdapat dalam sistem.




Tuesday, 20 March 2012

Pembelajaran Secara E-Learning

Assalamualaikum w.b.t
Ledakan IT meletus dimana-mana sepanjang masa. Tanpa mengira tempat dan waktu, evolusinya seakan-akan tidak terhenti. Mula-mula dari segi telekomunikasi, peralatan audio dan video, komputer dan sebagainya, semuanya mengalami evolusi yang begitu pantas.

Namun, IT bagi pandangan masyarakat lebih tertumpu kepada koputer jika dibandingkan dengan peranti-peranti lain seperti yang dinyatakan diatas. Ketika komputer mula-mula popular seawal dekat 80an, penggunaannya lebih menjurus kepada permainan kanak-kanak serta kerja-kerja penaipan data di pejabat, tidak lebih daripada itu.

Di masa itu siapa yang tidak kenal dengan komputer atari, Amstrad, CAT dan sebagainya yang menjadi kegilaan kanak-kanak memaksa ibu bapanya membeli komputer tersebut semata-mata untuk bermain PACMAN. Namun, semenjak perkakasan IT yang dimajukan terutamanya dalam bidang komunikasi data, komputer tidak hanya difokuskan kepada kegunaan penaipan dipejabat ataupun rekreasi sahaja tetapi dihargai lebih daripada itu.


E-Learning
  • E-learning di negara kita lebih terarah kepada pembelajaran secara jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya hanya ditawarkan diperingkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan usahasama Universiti-universiti luar negara. Antara pusat pengajian tinggi tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya ini ialah Universiti Putra Malaysia melalui Program IDEAL (Institut Pendidikan & Pembelajaran Jarak Jauh). 
  • Walaupun yurannya agak tinggi berbanding dengan program ijazah saluran biasa namun jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya, ia dianggap berbaloi, dengan jadual kuliah yang fleksibel, nota dan tutorial yang boleh didapati dari Internet serta perkuliahan secara on-line. Dengan tidak disedari, ianya dapat menjimatkan kos dan masa terutamanya bagi mereka yang berkerja sepenuh masa serta tempat tinggal yang jauh daripada universiti. Dalam ertikata yang lain, melalui pembelajaran secara maya ini, tiada lagi jurang masa dan jarak yang menjadi halangan untuk belajar.
  • Di Amerika Syarikat pula, terdapat beribu-ribu laman web pendidikan yang mengatakan bahawa mereka menyediakan program e-learning. Namun menurut Linda C. Joseph, penyelidik dari Columbus (Ohio) Public Schools, Konsep e-learning tidak hanya sekadar penghantaran nota-nota kuliah kepada pelajar ataupun penghantaran tugasan kepada pensyarah melalui e-mail semata-mata tetapi yang sebenarnya pengisian web tersebut mestilah dipenuhi dengan forum/perbincangan dua pihak secara komunikasi dua hala, pengorganisasian maklumat dengan lebih teratur dari segi nota kuliah, jadual, bayaran yuran, tutorial dan juga peperiksaan. Dengan menemui kriteria yang dinyatakan diatas, pembelajaran yang lebih efektif dan interaktif dapat dilaksanakan.
  • Pada setiap hari Sabtu pula, pelajar-pelajar akan menghadiri seminar secara maya.Bagi Universiti Of Nebraska pula, e-learning melalui web lebih bersifat komersial dimana pelajar boleh memilih mana-mana kursus yang disukai untuk melengkapkan pengajiannya diperingkat sekolah tinggi ataupun diploma.
  • Perkembangan e-learning dinegara kita agak membanggakan kerana terdapat organisasi-organisasi besar yang tidak mementingkan komersial sebaliknya lebih menekankan kepada penyebaran ilmu pengetahuan terutamanya dikalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
  • E-learning tidak hanya mencakupi pembelajaran jarak jauh secara maya malahan melibatkan 'Web Portal'. Kelebihan web portal, pendidikan ini ialah ia mempunyai bank-bank ujian, pelan pengajaran, bilik darjah maya, bahan-bahan pengajaran untuk guru, ujian untuk pelajar, dan direktori laman-laman web yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran serta maklumat-maklumat yang berguna seperti maklumat-maklumat sekolah, kelender tahunan, aktiviti pendidikan dan sebagainya. Antara organisasi yang melibatkan diri dalam menjayakan penubuhan web portal ini ialah seperti MIMOS Berhad melalui laman webnya, www.cikgu.net.my dan juga Kumpulan Utusan yang melancarkan laman webnya, www.tutor.com.my baru-baru ini.


Cikgu Net
  1. Cikgu.Net (disebut Cikgu dot Net) merupakan portal pendidikan yang pertama sekali dilancarkan dinegara kita pada bulan Mac 2000. Dengan isi kandungan yang berbahasa Melayu, ia berjaya menarik ribuan pengguna yang mendaftar dengannya, dianggarkan sekurang-kurangnya lebih 120 ribu pengunjung telah pun melawat portal tersebut. Dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraannya, kesesuaiannya dengan iklim pendidikan tempatan serta aktiviti kokurikulum dapat diselaraskan. 
  2. Dengan disokong kuat oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Pearson Education Malaysia, DBP serta beberapa lagi organisasi besar, sumbangan Cikgu Net terhadap pendidikan negara sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Begitu juga dengan Portal Pendidikan Utusan yang mendapat sambutan hangat ketika mula-mula dilancarkan. 
  3. Secara amnya, pembelajaran jarak jauh secara maya lebih popular dinegara kita terutamanya bagi kolej-kolej dan syarikat-syarikat swasta yang menjalankan usahasama dengan universiti luar negeri dengan menawarkan program ijazah sarjana muda dan lepasan ijazah. 
  4. Antaranya ialah seperti Hartford Management Centre Sdn Bhd menawarkan program peringkat sarjana dengan usahasama University Of Newcastle, Australia, TL Management Centre Sdn Bhd yang menawarkan program ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan usahasama Preston University, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Universiti maya tunggal tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya sepenuhnya ialah Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR). Sektor swasta dilihat sebagai lebih mengeksplorisasi penggunaan e-learning.

Saturday, 17 March 2012

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran


Assalamualaikum wbt
Saya ingin berkongsi pengetahuan dan maklumat yang saya perolehi ini dengan rakan blog saya yang lain. Dalam bidang pendidikan, seseorang guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka bagi meningkatkan kefahaman serta  minat pelajar untuk menguasai sesuatu topik yang di pelajari dengan baik. melalui penggunaan ICT dalam proses p&p ini ia dapat membantu guru sekaligus pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan. 

Apakah yang didefinisikan dengan ICT?
ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat & Komunikasi) bermaksud teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Dengan lebih ringkas dan tepat ia didefinisikan sebagai penggunaan komputer dan perisisan untuk:
  • mengubah
  • menyimpan
  • melindungi
  • memproses
  • memindah
  • melihat
  • mendapatkan maklumat tanpa mengira waktu dan tempat.

Apa pula yang di maksudkan dengan penggunaan ICT dalam proses p&p??
Ia bermaksud penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam bilik darjah. Sebagai contoh dalam pengajaran matapelajaran sains, melalui penggunaan ICT ini guru dapat meluaskan lagi konsep pengajaran mereka. Selain itu ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Pelajar boleh mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau merbahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa di dalam bilik darjah.
 


Dengan penggunaan ICT ini juga ia mampu meningkatkan imaginasi serta kreativiti pelajar. Disamping itu ia memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum oleh guru dan ini sekaligus ia dapat meningkatkan penguasaan guru dalam penggunaan ICT. 



 Penggunaan ICT  ini terbahagi kepada 2 aspek utama iaitu:
  • Aspek pengajaran iaitu guru menggunakan ICT
  • Aspek pembelajaran iaitu murid menggunakan ICT

 Aspek pembelajaran ICT boleh di kategorikan kepada 4 iaitu:
  1. ICT sebagai alat tutorial 
  2. ICT sebagai alat penerokaan (eksploratori)
  3. ICT sebagai alat aplikasi
  4. ICT sebagai alat komunikasi
Manakala dalam konteks pengajaran pula ICT boleh digunakan sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.

 Penggunaan  ICT bagi proses pengajaran dan pembelajaran ini tidak terhad untuk pelajar di sekolah dan di bilik darjah sahaja. sebagai contoh ibu bapa juga boleh menggunakan video ini untuk memberi pendedahan mengenai teknologi ICT ini kepada anak-anak mereka. Seperti contoh video ini sangat membantu ibu bapa untuk melatih anak-anak mereka menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Melalui video ini anak-anak lebih mudah memahami dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.  Melalui pendekatan seperti ini pemahaman anak-anak mengenai makna bacaan solat lebih mendalam dan mereka dapat mengaplikasikannya dengan baik.












Sunday, 11 March 2012

Sejarah Komputer

Assalamualaikum w.b.t. 

Tahukah anda bahawa komputer yang anda gunakan pada hari ini telah berkembang teknologinya sejak 6 dekad yang lalu, bahkan pada ianya dicipta, anda mungkin belum dilahirkan lagi. Sejarah perkembangan komputer telah lama bermula iailu sejak tahun 1940 dan dapat dibahagikan kepada 4 generasi dari menggunakan elektronik sepenuhnya sehinggalah kepada penggunaan mikro komputer.

Mari kita lihat perkembangan yang berlaku dalam teknologi komputer pada masa dahulu sehingga kini. 

GENERASI PERTAMA (1940-1959)

Komputer dihasilkan adalah elektronik sepenuhnya. Saiznya agak besar (hampir menyamai sebuah bilik tidur) dan dikategorikan kepada Kerangka Utama (Mainframe), la menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil yang cepat panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan amat banyak agar tidak menjejaskan keupayaan komputer. la juga menggunakan tenaga elektrik dengan banyak.



Pada tahun 1946, menyaksikan komputer elektronik sepenuhnya direka oleh Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). Ingatannya disimpan diluar dengan menggunakan suiz dan wayar. la berupaya melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat. la dikendalikan oleh hanya jurutera terlatih. John Von Neumann akhirnya mencadangkan penggunaan Konsep Aturcara Tersimpan iaitu komputer menyimpan ingatan di dalam storan utama. la menggunakan nombor binari.





 
Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert sekali lagi mencipta EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub vakum. la lebih cekap dari ENIAC dan menggunakan Konsep Aturcara Tersimpan. EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) yang menggunakan raksa dan tiub vakum untuk menyimpan ingatan telah dicipta. UNIVAC1 (Universal Automatik Calculator) ciptaan Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert mula dikeluarkan pada tahun 1951 adalah komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan.la juga menggunakan raksa untuk storan.


GENERASI KEDUA (1959-1964)

Pada generasi kedua ini transistor dan diod digunakan bagi menggantikan tiub vakum walaupun ia mudah terbakar. Cara baru untuk menyimpan ingatan iaitu Teras Magnetik diperkenalkan. la menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litar elektrik. Keupayaannya memproses lebih besar. la mula menggunakan bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi iaitu FOTRAN(1954) dan COBOL(1959) bagi menggantikan bahasa mesin. Minikomputer dihasilkan. la lebih murah dan lebih kecil berbanding dengan Kerangka Utama. la digunakan bagi tujuan memproses data perniagaan, universiti selain di bidang ketenteraan. (Contoh : DEC PDP-8, IBM 7090 dan IBM 7094)






GENERASI KETIGA (1964-1980)

la bermula apabila IBM (Internatinal Business Machine) telah memperkenalkan Sistem/360 iaitu Kerangka Utama yang mengandungi alatan-alatan yang lengkap bagi memenuhi semua keperluan pengaturcaraan pada masa tersebut.Sistem/360 memperkenalkan ciri baru Sistem Pengoperasian iaitu Konsep Perkongsian Masa. Sistem ini adalah satu kumpulan aturcara yang mengurus dan menyelaras keseluruhan operasi komputer, la memudahkan penggunaan komputer. Disimpan secara kekal dalam Ingatan Utama (ROM) komputer atau storan sekunder.





 

 Konsep ini membenarkan penggunaan banyak stesen secara berasaingan dan dikawal oleh Sistem Induk dimana pemprosesan boleh dilakukan serentak pada sesuatu masa walaupun stesen yang lain digunakan. Supercomputer seperti Cray-1 diperkenalkan bagi mengkaji cuaca dan alam semulajadi.




GENERASI KEEMPAT (1980-sekarang)

Penyelidikan microelektronik telah berjaya menghasilkan Litar Bersepadu/Terkamir atau Cip dimana beribu transistor dipadatkan didalam kepingan empat segi silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration). Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. MicroKomputer merupakan yang terkecil didalam keluarga komputer digital mula dihasilkan seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclaire


Laptop yang sering menjadi pilihan pada masa kini dan lebih fleksibel berbanding PC.
Bahasa pengaturcaraan BASIC, Pascal, PL/1 C dan Logo mula digunakan. Kebanyakan komputer dibekalkan dengan bahasa secara "bina-dalam" di dalam ROM untuk bahasa BASIC. Bahasa ini merupakan bahasa yang paling popular untuk microkompuler. Perisian tambahan juga diperkenalkan bagi membantu penyelesaian masalah. Laptop, Notebook, Handheld dan Palmtop diperkenalkan. la lebih kecil dari Microkomputer serta mudah dibawa ke mana-mana. Internet iaitu Sistem Rangkaian yang luas menggunakan protokol TCP/IP diperkenalkan sebagai rangkaian perkongsian maklumat secara global. (Processor 6086,80286, 80386,80486, Pentium, Celeron, Pentium II, Pentium 111 dan Pentium 4)

Model terkini laptop yang diperkenalkan oleh Apple Inc. mempunyai teknologi yang terkini dan canggih.


Monday, 5 March 2012

Rangkaian Fizikal Topologi

Assalamualaikum w.b.t
Kali ini saya ingin berkongsi mengenai jenis-jenis rangkaian fizikal topologi dan kelebihan penggunaannya. Terdapat 4 jenis topologi yang sering di aplikasikan dalam sistem rangkaian komputer. Antaranya ialah topologi tree, star, liner-bus, dan ring.

Topologi Tree
  • Merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang.
  • Topologi bintang disambungkan pada kabel tulang belakang topologi bas.



Kelebihan
  1. Penulisan point to point untuk bahagian individu. 
  2. Disokong oleh sebilangan pembekal perkakasan dan perisian.
Kekurangan:
  1. Panjang keseluruhan terhad kepada jenis kabel yang digunakan. 
  2. Kerosakan pada kabel tulang belakang akan menggagalkan bahagian lain. 
  3. Sukar dalam konfigurasi dan pendawaian.

Jenis NIC : Ethernet Card,Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic, Coaxial
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet
Hub: 10Base 8 ports, 10Base 16ports


Topologi Star
  • Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. 
  • Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab


Kelebihan:
  1. Mudah di pasang dan dirangkaian. Tidak menganggu rangkaian semasa penyambungan atau mengalihkan peranti. 
  2. Tiada pelanggaran data (Collision). 
  3. Mudah untuk mengesan kerosakan. 
  4. Mudah dikembangkan.
Kekurangan:
  1. Penggunaan banyak kabel. 
  2. Jika terdapat kerosakan pada hab atau sambungannya, nodnya tidak dapat berfungsi. 
  3. Lebih mahal berbanding dengan linear bus.

Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalkKabel: Twisted- pair, Fiber Optic
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk
Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8 ports , Ethernet Hub 16 ports


Topologi Linear Bus
  • Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. 
  • Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.
Kelebihan:
Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa menggangu operasi yang telah dijalankan. 
Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.  
Murah. 
Sesuai untuk rangkaian yang kecil.   

Kekurangan:
  1. Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi. 
  2. Memmerlukan terminator untuk kedua-dua hujung kabel tulang belakang. 
  3. Sukar mengesan kerosakan. 
  4. Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN jauh. 
  5. Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan pelanggaran data. (Collision)

Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalkKabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic
Terminator: Terminater 50 ohm
Connector: BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk


Topologi Ring
  • Topologinya sama dengan topologi bintang. 
  • Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. 
  • Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). 
  • Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya.

Kelebihan:
  1. Tiada perlanggaran (collision) data. 
  2. Mudah untuk mengesan kerosakan. 
  3. Mudah dikembangkan. 
  4. Mudah dipasang dan dirangkaikan. Tidak menggangu rangkaian semasa penyambungan atau mengalihkan peranti.
Kekurangan:
  1. Jika terdaoat kerosakan pada hab atau sambungannya, nodnya tidak dapat berfungsi. 
  2. Lebih mahal berbanding dengan linear bus 
  3. Menggunakan banyak kabel

Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalkKabel: Twisted- pair, Fiber Optic
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk
Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8 ports ,Ethernet Hub 16 ports