Thursday, 17 May 2012

DSLR NIKON vs CANON

Kamera DSLR yang anda miliki adalah cukup bagus...pernah anda terfikir sejauh mana yang anda fahami kamera DSLR anda sendiri? Body kamera anda? Lens kamera Anda? atau anda memang tidak mahu memahami secara jelas akan kepenggunaan yang terdapat pada kamera anda...! 

Nikon, Canon menjadi sebutan peminat kamera buat masa ini. Apakah perbezaan antara Kamera Nikon dan Kamera Canon yang anda tahu? Atau anda akan mengikut kata kata kawan anda mana yang terbaik untuk anda beli kamera DSLR? Bagi pengguna yang sudah biasa dengan kamera Canon akan meyatakan bahawa Canon adalah yang terbaik dan sama juga bagi Pengguna Kamera Nikon... Apakah anda pernah terfikir untuk mencari perbezaan kedua kamera tersebut. Pasti ada kebaikan dan kelemahan bagi kedua dua kamera tersebut dan apakah kebaikan dan keburukanya. nilai terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli sebarang kamera.. kerana sekali anda membeli pasti sukar untuk menukarkanya di masa yang terdekat.

Nikon, adalah jenama kamera yang sudah lama berada di pasaran, Zaman Model FE ( Filem 35mm ) seingga lah hari ini tetap berada di pasaran.  Nikon sentiasa upgred teknologi untuk memberi gambar yang berkualiti dan terbaik. Pada pendapat saya, Harga sebuah Kamera Nikon Lebih Mahal dari kamera Canon... Kelemahan yang terdapat pada Nikon dari segi harga. Kamera Nikon selalunya di gunakan di Studio Fotografi kerana Kualiti gambar nampak lebih meyerlah dan menarik dari segi Tone, Shadow, Color dan Mode dalam gambar itu...   Adakah anda pernah mencuba? 

Canon, Tidak asing lagi dipasaran. Ramai pengguna menggunakanya  kerana harganya agak lebih murah dari Kamera Nikon. Selalunya kamera Canon di gunakan untuk mengambil gambar yang pergerakanya laju sepeti F1, Bola sepak, Bot Laju dan beberapa aktiviti yang melibatkan pergerakan yang laju. Kelemahan kamera Canon dari segi Contrast gambarnya agak tinggi sedikit dari Nikon. Sekeping gambar yang di ambil dalam keadaan sama F: Speed dengan nikon, kualiti gambar Canon agak cerah dan putih sedangkan nikon lebih gelap sedikit. kepunggunaan kedua kamera ini hampir sama. Perbezaan kedua kamera ini dari segi kedudukan ( Button ) yang boleh di ejas atau Playback gambar serta setting dalam menu. 

Harus di ingat kepada pengguna, Kita harus memahami secara faham keatas setiap kepunggunan yang terdapat pada badan kamera yang kita miliki dan bukan menghafal setiap butang di antara satu kamera dengan kamera yang lain jenama. Belajar memahami dengan jelas dan praktik setiap menu yang berfungsi dengan berlainan agar kita dapat menilai hasil gambar yang kita snap itu. Teruskan usaha mempelajari teknik dan tip melalui badan kamera DSLR kita.


Sunday, 13 May 2012

Laptop ke Desktop?

Assalamualaikum..rasanya sudah lama saya tidak update blog saya ini. hari ini rasa macam nk kongsi sedikit pengisian untuk rakan-rakan blog.Saya harap perkongsian ini dapat membatu rakan-rakan untuk membuat pilihan sama ada untuk memiliki laptop ataupun dekstop..

Laptop atau Desktop? Persoalan ini mungkin timbul seandainya anda ingin membeli komputer peribadi baru samaada untuk kegunaan diri sendiri ataupun keluarga. Di sini disenaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan dalam memiliki sama ada laptop atau dekstop – pilihan di tangan anda. 

Adakah saya suka mengembara? Atau saya kerap melakukan kerja di luar pejabat?
Jika anda berada dalam kategori ini, maka laptop adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda. Tidak kira sama ada untuk tujuan perniagaan atau sekadar melancong, anda akan dapati bahawa laptop adalah pilihan yang paling ideal untuk anda.
Sekiranya anda seorang yang suka melancong, anda dapat memasukkan gambar yang diambil menggunakan kamera digital dengan mudah– anda hanya perlu memindahkan gambar yang diambil ke dalam komputer sekiranya ruang di kad memori hampir penuh, maka anda tidak perlu bimbang untuk membeli lebih banyak kad memori . Selain itu, anda dapat menonton CD video kegemaran anda yang dibeli di mana-mana tempat anda melancong dengan segera. Jika anda seorang ahli perniagaan, maka urusan perniagaan anda akan bertambah mudah, dan segala maklumat pelanggan berpotensi kekal dan mudah untuk ditambah ke dalam laptop anda. 

Tidak kira sama ada anda pelancong atau ahli perniagaan, anda boleh mengakses ke internet dengan mudah dan percuma di kebanyakan tempat perlancongan serata dunia, termasuk Malaysia. Dengan kemudahan hotspot di kebanyakan tempat di seluruh negara, terutamanya di lapangan terbang dan hotel perlancongan, anda dapat memanfaatkan teknologi Wi-Fi sekiranya ia disertakan sekali bersama-sama laptop anda. Selain itu, anda juga dapat memanfaatkan teknologi 3G masakini pada laptop anda dan dapatkan akses berkelajuan tinggi ke internet dengan mudah tanpa had di mana-mana tempat anda pergi.  

Adakah laptop benar-benar ‘portable’ dan fleksibel? 
Kenyataan ‘mudah untuk di bawa ke mana-mana’ untuk laptop sebenarnya adalah terhad. Katakan, sekiranya anda membeli sesebuah laptop, dan setelah beberapa ketika anda menggunakannya, anda akan dapati bahawa anda perlu menambah beberapa aksesori lain bagi memenuhi keperluan anda, misalnya hard disk dan DVD+RW. Jika anda tidak bernasib baik, ruangan pada saiz laptop anda yang terhad memaksa anda menggunakan aksesori tambahan ini secara external – dengan kata lain, anda harus membeli hard disk external atau DVD+RW external yang dipasang pada port USB, berbanding dengan Desktop di mana ia boleh dipasang di dalam Mini Tower Casing. Dan tidak pula lupa untuk disebut – peralatan aksesori external adalah jauh lebih mahal berbanding dengan aksesori internal. Misalnya, hard disk yang dipasang secara internal (di dalam laptop atau desktop) adalah lebih murah dari hard disk external.  

Bagaimana dengan penyelengaraan dan servis? Mana lebih mudah? Dan lebih murah?
Secara amnya, menservis dan menyelenggara desktop PC adalah lebih mudah berbanding dengan laptop. Anda bebas membuka dan memasang perkakasan/hardware di desktop PC dengan mudah berbanding dengan laptop, terutamanya ketika komputer anda menghadapi masalah dengan perkakasan/hardware. Satu kekurangan laptop ialah kos menservis atau menaik taraf adalah lebih tinggi dan mahal. Misalnya, harga untuk sekeping modul memori (RAM) laptop boleh mencecah sehingga dua kali ganda harga RAM dengan spesifikasi yang sama untuk desktop. Selain itu, pemilihan komputer desktop memberikan anda kelebihan untuk menaik taraf PC dengan mudah berbanding laptop lantaran ruangan casingnya yang jauh lebih sempit dan terhad.  

Adakah anda peminat games atau permainan PC?
Jika jawapan anda adalah ya, maka desktop adalah pilihan paling ideal bagi anda. Ini kerana anda akan mendapat kualiti video yang lebih mantap di monitor CRT yang didatangkan bersama-sama komputer desktop. Selain itu, anda mungkin ingin meningkatkan prestasi graphics card dan sound card anda dari semasa ke semasa. Maka dengan PCI slot dan ruangan Mini Tower Casing yang lebih besar, penambahan atau penukaran expansion card untuk tujuan naik taraf prestasi PC akan menjadi lebih mudah dan murah. 
  
Apakah yang sesuai untuk pelajar?
Secara amnya, laptop adalah pilihan paling ideal untuk para pelajar terutamanya penuntut di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi. Ini bagi memudahkan pelajar dan penuntut untuk mencatat nota, menyampaikan persembahan di dalam kelas dan tidak kurang juga untuk melayari internet melalui sambungan Wi-Fi ke hotspot yang sudah boleh didapati di kebanyakan IPT tempatan. 

Tetapi, bagi pelajar yang ingin mendalami hobi PC, seperti mengenali hardware, memasang dan menyelenggara perkakasan/hardware komputer, maka desktop adalah pilihan yang paling ideal lantaran reka bentuknya yang memang amat sesuai bagi mereka yang ingin mendalami ilmu hardware PC – yakni anda dapat membuka, menambah sebarang aksesori dalaman pada komputer desktop anda.

Harga
Dari segi harga, laptop & desktop lebih kurang je, jika budget rm 1700 sudah memadai untuk mendapatkan sebuah laptop + free bag & mouse.. silap2 boleh dapat CD-R kosong percuma!!.. tapi kalau nak buat perbandingan, daripoada segi spec.. memang laptop akan kurang.. dengan budget rm 1800, kita cuma boleh dapat spec AMD Turion atau Intel celeron saje, ram 1Gb dan Hdisk 120GB.. kalau ikut, memang dah mencukupi.. tapi kalau nak di bandingkan dengan desktop, Rm 1800 boleh dpt Intel Core2 duo 1.7-2.0ghz dan 2Gb ram serta Hdisk 160GB…opss.. blh dpt LCD 19” jgk..hehhe.. kebiasannya dari segi baik pulih, harga bagi komponen laptop akan jadi 2-3kali ganda daripada desktop
Jadi, tepuk dada, selok poket!



Friday, 13 April 2012

Penjagaan Bateri Laptop

Assalamualaikum w.b.t
Bagi pengguna komputer riba atau laptop, penggunaan bateri adalah satu kemestian jika tiada bekalan elektrik. Adakah anda tahu jangka hayat sesebuah bateri bergantung kepada penggunaan harian anda? Untuk memastikan bateri itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama memerlukan anda tahu cara penjagaannya. Dan hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara untuk memanjangkan hayat sesebuat bateri dan prestasi bateri tersebut. Bagi sesiapa yang tidak menjaga bateri laptop mereka, anda perlu tahu berapakah harga sesebuah bateri tersebut di Malaysia dan dimanakah boleh mendapatkannya. Jadi, jom ikut tips penjagaan bateri yang boleh anda praktikkan seperti dibawah.

Periksa Bateri Laptop Menggunakan Command Prompt
1. Charger/AC Power
Jika anda berada dirumah, memang digalakkan untuk menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber elektrik yang datangnya dari bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan sumber elektrik sebelum menggunakan laptop. Kalau boleh bila pakai plug, tanggalkan bateri dari laptop.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhV3NqPqKuaGe9y2ve_dw1xyOrVaZLPtbqrcqInf-M2-p7z5-1l9AEH8wJL4dtrIL-f93Z6TX3q9O7N2-BU_57aQLgouJ5y88LstmT5v0RtrfMwPL16rga9kprN5oPILt6FgR5d1Y6WAP0n/s320/charger+laptop.jpg

2. Kawal Suhu Laptop
Jika menggunakan bateri, pastikan suhu laptop anda tidak terlalu panas. Jika suhu laptop anda terlalu tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah laptop berpusing lebih pantas daripada biasa. Selain daripada itu, anda perlu memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang dengan kotoran ataupun terlalu rapat dengan permukaan meja/alas laptop. Ini akan menyebabkan udara panas yang terhasil dari laptop akan berada disekitar itu sahaja. Sebaik-baik, condongkan laptop untuk memberi ruangan udara yang luas.

3. Kawal Kelajuan CPU
Anda boleh mengawal/mengurangkan kelajuan CPU semasa menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, anda perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Anda boleh memilih samaada untuk menggunakan pilihan Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).

4. Tambah RAM
Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang banyak.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6jdQZGMiGODTCwfpP0GUaBs_g0wXz1vdA4hGuYIDyZaCOj97wAqO3bO5d3165gtfjfGmOyw43c0GCC-5MnwavB-TZe69XlzmFfXk6h8v6-SyFSwzaXY5Aa-koyaGUyDQAG2pHAH23Ksoy/s200/ram+laptop.jpg




5. Guna Hibernation Mode
Jika anda mahu meninggalkan laptop dalam keadaan terpasang, saya cadangkan anda guna Hibernation Mode. Jika anda hanya melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan semasa laptop didalam keadaan Hibernate.

6. Kurangkan Kecerahan Skrin
LCD screen dan hard disk adalah komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Matikan skrin LCD anda jika tidak menggunakannya. Selain itu, anda boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada laptop. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat menjaga mata juga.




7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman
Apa yang dimaksudkan hardware dalaman? Ianya adalah peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tidak digunakan, matikan. So, jimat sikit bateri. Boleh pakai lama.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYpC-vDKVClqBP7lTahsmhfL4MhL_AR7N8q1U8um6G8IAXr45AZsDEAXnjXMno1nuUD5JkQSbMA5sKJVnRIH-fmY1pC7tmBgUlH0Y2A28BuIPdcRRajVuY3Aa9sPj_WA0nFHwWMue5i2Bz/s200/bluetooth-logo.jpg
8. UnPlug Peranti Luaran (External Device)
Penggunaan external hard disk, USB drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau nak guna dalam jangka masa yang lama, unplugkan ia. Kalau boleh mouse tu, tak payah la cucuk, pakai touchpad je.

9. Matikan Jadual Tugasan (Scheduled Tasks)
Apa yang saya maksudkan dengan jadual tugasan tu? Bunyinya macam kelakar plak. Hmmm. Dipendekkan cerita, matikan semua kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini kerana, untuk mendapatkan kemaskini terbaru terhadap aplikasi tersebut, ia menyemak data yang telah dipasang pada sistem anda. Jadi, lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan dihabiskan.

10. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu
Ini yang terakhir dan memang penting. Pastikan anda matikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi yang perlu sahaja. Selain itu, Elakkan penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang tinggi. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci harus dielakkan semasa dalam mode bateri.




Thursday, 12 April 2012

Penggunaan Internet dalam Proses P&P

Peralatan berasaskan teknologi maklumat yang dikenali dan boleh digunakan dalam pembelajaran antara lain:
  •  e-mel
  •  tugasan dengan menggunakan web
  •  permainan komputer
  •  sistem pengurusan pembelajaran (learning management systems)
  •  daftar surat menyurat (mailing list)
  •  papan buletin (bulletin boards) 
  •  multimedia.

1. Email
Pada masa ini, penggunaan e-mel merupakan cara komunikasi yang inovatif dengan pensyarah. Cara penggunaannya dapat dilakukan secara dialog orang-per-orang (one-on-one dialogs) subjek tertentu dan sebahagian besar e-mel untuk penugasan. Penggunaan lain dari e-mel, iaitu "just-in-time-teaching) dapat digambarkan seperti berikut. Berdasarkan apa yang terjadi di kelas, e-mel digunakan untuk menghantar tugasan kepada pensyarah untuk pertemuan seterusnya. Jika penjelasan di kelas kurang jelas pada hal-hal tertentu bagi beberapa atau sebahagian besar pensyarah, tugas tambahan boleh diberikan pada pertemuan yang berikutnya. Jika bahan-bahan yang diajarkan dapat difahami, soalan melalui e-mel dapat difokuskan pada topik baru pada pertemuan seterusnya. Walaupun sederhana, just-in-time email menggambarkan bagaimana teknologi boleh digunakan lebih daripada subsitusi pada cara tradisional komunikasi.


2. Penugasan Web (Web Assignments)
Pengguna dari World Wide Web terbiasa dengan maklumat yang berlebihan dan kemudahan dalam mencari bahan. Dalam persekitaran pendidikan dan latihan sering pengajar memberikan penugasan melalui web, seperti permintaan kepada pensyarah untuk singgah di laman web (website) tertentu dan menjelaskan maklumat yang didapati dalam pembelajaran kelas. Melalui pembelajaran di web ia memberi peluang kepada pengajar menjelaskan sumber bahan pembelajaran sebenar ketika di dalam kelas. Walaupun beberapa pensyarah sudah terbiasa dengan pencarian maklumat pada web, sebahagian lagi masih memerlukan bantuan untuk dapat bekerja secara lebih efektif dan produktif. 

3. Permainan Komputer dan Simulasi
Penggunaan permainan komputer sangat popular digunakan dalam pembelajaran dinamik. Permainan untuk pembelajaran yang disimulasikan di kelas atau secara on-line banyak terdapat dalam bentuk digital. Beberapa pembelajaran permainan komputer dan simulasi ini sudah mulai dicuba penggunaannya dalam pendidikan ketenteraan dalam mensimulasikan latihan perang, atau latihan kesediaan unit tempur.

4. Perisian Pengelola Pembelajaran.
Untuk memudahkan membuat pelbagai bahan pembelajaran dalam web dikembangkan perisian pengurus pembelajaran yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengisian bahan, pencatatan data, penilaian, dan membuatan laporan. Dengan peranti ini, pengajar mendapat kemudahan dalam penggunaan dan boleh diintegrasikan kepada perisian pembelajaran yang lain.Dokumen yang ditulis dalam Word, PowerPoint, Excell dan sebagainya, boleh dengan mudah di upload dalam pembelajaran on-line yang boleh diakses oleh pelajar.

5. Pengajaran menggunakan Blog

Blog (blok web) merupakan “barang” baru di dunia internet. Blog merupakan lanjutan dari home page yang bersifat statik. Dalam blog, instruktur dapat menyatakan pandangan, pengalaman, pemerhatian, pendapatnya. Dalam kes ini blog dapat menjadi sebuah jurnal awam, yang membolehkan pembaca untuk memberi komen, yang dapat menjadikan blog sebagai tempat debat awam. Blog dapat digunakan untuk pelbagai tujuan:
(a) Digunakan oleh pensyarah untuk memelihara blog mereka
(b) Instruktur menggunakan blog untuk melaksanakan perbincangan topik tertentu yang memerlukan komen daripada pelajar
(c) Digunakan oleh pelajar untuk membaca dan memberi komen ketika pembelajaran 

6. Variasi dari eLearning
Beberapa cara yang paling umum program eLearning diterapkan merangkumi:

• Ruang kelas maya (virtual classroom). Model ruang kelas maya dari eLearning secara terus menerus menjadi sangat popular seiring dengan pembangunan program eLearning. Tujuan dari ruang kelas maya adalah untuk memperbesar struktur dan perkhidmatan yang menyertai program pendidikan formal dari kampus atau pusat pembelajaran kepada peserta belajar / pelajar, dimana mereka berada. Ruang kelas maya adalah untuk pelajar yang mungkin mengambil program pendidikan jarak jauh yang secara keseluruhannya belajar menggunakan on-line, dan mungkin termasuk kuliah berasaskan kampus, di mana pensyarah bergabung dalam pelbagai tempat diluar atau di dalam lokasi kampus, dalam kelas nyata melalui internet. Pada model ruang kelas maya mempunyai tempat untuk penghantaran naskah, untuk kaji semula dan komen, serta penyelesaian untuk tutorial dan pengedaran tugas. Dalam perisian Adobe, peralatan yang umum digunakan untuk mengembangkan ruang kelas maya meliputi: Adobe Acrobat 8, Adobe Acrobat Connect Professional, Adobe Presenter 6, dan Adobe Captive 2.

• Pembelajaran on-line (on-line learning). Model eLearning ini berkisar pada peranti pembelajaran terikat yang dihantar melalui Internet kepada pelajar yang terletak di pelbagai tempat di mana interaksi utama antara pelajar dan mereka yang sudah berpengalaman menggunakan teknologi rangkaian komputer. Sistem pengurusan pembelajaran (learning management systems) bertindak sebagai pangkalan perkhidmatan pembangunan program on-line dimana proses pembelajaran secara keseluruhan dilaksanakan melalui pengantaraan tatap muka digital. Peralatan Adobe yang umum dipakai adalah Flash Profesional, Dreamweaver, Photoshop CS, Illustrator CS, Adobe Premiere Pro, Adobe Contribute dan Adobe Captative 2.

• Pembelajaran Cepat (Rapid eLearning). Ini merupakan respon secara langsung terhadap produk-produk eLearning yang membuat pelajar dan bukan-SME menyumbang dan memasukkan isi pembelajaran multimedia ke dalam sebuah pangkalan pengetahuan. Pembelajaran cepat menggunakan peralatan seperti Adobe Captive 2 dan Adobe Presenter 6 untuk mempercepat masa dalam membuat isi pembelajaran Flash atau elemen multi media portfolio yang boleh digabungkan secara terus ke dalam sebuah dokumen Adobe PDF.

• Pembelajaran dalam talian (Mobile Learning). Mobile learning dikembangkan kerana rangkaian yang sedia ada dan peralatan digital mudah alih seperti komputer riba, PDA, MP3 player, dan telefon kereta. Pembelajaran kereta memberikan peluang untuk menyambung pengalaman pembelajaran informal dengan pengalaman pembelajaran formal seperti yang terjadi pada model ruang kelas maya atau implementasi pembelajaran on-line. Peralatan multimedia yang digunakan seperti Flash Profesional, Flash Media Server, dan Flash Lite




Wednesday, 11 April 2012

Kenalpasti Serangan Dalam Sistem Komputer

Sudah amankah komputer / PC kita?Satu soalan yang sering diungkapkan oleh pengeluar  produk keselamatan. Sejak akses antara komputer mudah dengan adanya internet, pelbagai serangan pun muncul, dari serangan virus, spyware, worm, trojan, rootkit, spam, phising, DoS (Denial of Service), hingga Man-in-The-Middle (MITM) attack. Agar tidak menjadi korban,kita mulai mengambil inisiatif keselamatan komputer sejak awal dengan menggunakan protection untuk serangan ini daripada memasuki sistem komputer kita.


Berikut ini adalah beberapa jenis serangan terhadap sistem komputer:

1. Virus
Mungkin sebahagian besar dari kita sudah mengenal jenis serangan ini.Melalui internet, virus boleh merebak dan berkembang biak dengan kelajuan tinggi. Jika dulu penyebaran virus masih dalam hitungan bulan, kini virus boleh merebak hanya dalam beberapa jam. Selain melalui media internet, virus juga boleh menduplikasikan diri kedalam peranti media simpanan seperti disket, CD ROM, usb flashdisk, atau kad memori. Virus ini terdiri dari 3 jenis, iaitu file virus, partition virus, dan network virus. File dan partition virus adalah virus yang paling awal dibuat, sedangkan network virus dibuat dengan tujuan untuk melumpuhkan rangkaian komputer.



2. Spyware

Walaupun mempunyai tingkat serangan yang lebih rendah berbanding dengan virus, spyware tetap harus diwaspada. Sebab spyware boleh mencuri data-data penting yang ada di komputer kita, tanpa kita sedari. Oleh itu jangan hairan jika alamat e-mel, nombor kad kredit yang disimpan dalam hard disk boleh berpindah tangan tanpa pengetahuan kita. Pusat internet adalah media utama dalam penyebaran spyware.


3. Worm
Worm merupakan sebuah program komputer kecil yang boleh merebak tanpa perlu menumpang pada fail tertentu (bebas). Media penyebarannya melalui rangkaian, baik tempatan mahupun internet. Beberapa worm dibuat untuk melumpuhkan rangkaian, tapi ada juga yang dibuat untuk mengambil data dan menghapus file.


4. Rootkit
Rootkit pada awalnya bukan sebuah program yang berbahaya, kerana diciptakan untuk melindungi hak rekabentuk bagi produk hiburan digital seperti CD Audio dan DVD. Dengan perkembangan teknologi pada hari ini, rootkit disalahgunakan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Rootkit yang sudah diubahsuai boleh masuk ke dalam sistem operasi dengan hak akses administrator. Akibatnya, pemilik rootkit mempunyai kawalan penuh terhadap komputer korbannya. Bahayanya lagi, rootkit ini boleh menyamar sebagai modul, driver, atau bahagian lain dalam sistem operasi. Rootkit boleh merebak pada hampir semua jenis sistem operasi dari Microsoft Windows, Linux, MacOS, dan Solaris.

5. Spam
Spam sebenarnya tidak berbahaya, selama tidak ditumpangi oleh virus atau fail berbahaya lain. Serangan yang datang melalui e-mel ini umumnya digunakan untuk menyebarkan maklumat produk dan aktiviti perniagaan. Jika terlampau banyak, hal ini akan mengganggu lalu lintas e-mel.



6. Phising
Phising boleh dikatakan sebagai bentuk penipuan. Ini kerana phising sangat mudah dibuat, tetapi boleh menyebabkan kerugian yang sangat besar. Untuk membuat phising tidak memerlukan kepakaran dalam memasuki sistem yang canggih, tapi cukup memahami apa yang disebut dengan social engineering, atau kelemahan orang saat menginterpretasikan sebuah data ke dalam komputer. Kes phising yang pernah popular adalah kes penyamaran domain "klikbca" beberapa tahun lalu. Dengan memanfaatkan salah persepsi orang kata "klikbaca" (clickbca, klik-bca, dan lain-lain), pembuat phising boleh dengan mudah memerangkap mangsanya ke dalam laman web palsu.

7. Denial of Service (DoS)

Dos atau lebih dikenali dengan istilah "Ping of Death 'merupakan serangan beramai-ramai yang sukar dicegah, sebab serangan ini menggunakan komponen sah yang biasa dipakai dalam rangkaian komputer, salah satunya protokol ICMP (Internet Control Message Protocol). DoS disebut serangan beramai-ramai kerana ia melibatkan banyak terminal yang diperintahkan untuk menghantar data sebanyak mungkin ke terminal tertentu. Terminal data juga kadang-kadang tidak menyedari bahawa dirinya sudah dijadikann alat untuk menyerang terminal lain, kerana sudah ditanam dengan program tersembunyi seperti worm.

8. Man-in-The-Middle (MITM) Attack
Serangan ini sering terjadi pada pengguna internet yang tidak mengamankan jalur komunikasinya apabila menghantar data penting. Sesuai namanya Man-in-The-Middle merupakan serangan dengan cara "mendengar" data yang lewat saat 2 terminal sedang melakukan komunikasi. Malangnya lagi kedua terminal tadi tidak menyedari adanya pihak ketiga ditengah jalur komunikasi mereka.

Dari beberapa jenis serangan diatas, dapat dikatakan bahawa serangan saat ini hampir semuanya menggunakan rangkaian sebagai media kerjanya. Dengan kata lain, jika kita adalah seorang yang mendedah menggunakan rangkaian maka sekarang masanya untuk melindungi sistem komputer. Jika kita pengguna Windows, manfaatkan semaksima mungkin semua kemudahan keselamatan yang disediakan, antara lain: windows defender, anti-spam pada windows mail, anti-phising, windows firewall, dan network access protection (NAP). Sedangkan jika kita pengguna linux, tips berikut akan cukup membantu, antaranya: amankan mod single user, matikan perkhidmatan (service) yang tidak digunakan, aktifkan firewall, aktifkan SELinuk, dan selalu update sistem.