Thursday, 17 May 2012

DSLR NIKON vs CANON

Kamera DSLR yang anda miliki adalah cukup bagus...pernah anda terfikir sejauh mana yang anda fahami kamera DSLR anda sendiri? Body kamera anda? Lens kamera Anda? atau anda memang tidak mahu memahami secara jelas akan kepenggunaan yang terdapat pada kamera anda...! 

Nikon, Canon menjadi sebutan peminat kamera buat masa ini. Apakah perbezaan antara Kamera Nikon dan Kamera Canon yang anda tahu? Atau anda akan mengikut kata kata kawan anda mana yang terbaik untuk anda beli kamera DSLR? Bagi pengguna yang sudah biasa dengan kamera Canon akan meyatakan bahawa Canon adalah yang terbaik dan sama juga bagi Pengguna Kamera Nikon... Apakah anda pernah terfikir untuk mencari perbezaan kedua kamera tersebut. Pasti ada kebaikan dan kelemahan bagi kedua dua kamera tersebut dan apakah kebaikan dan keburukanya. nilai terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli sebarang kamera.. kerana sekali anda membeli pasti sukar untuk menukarkanya di masa yang terdekat.

Nikon, adalah jenama kamera yang sudah lama berada di pasaran, Zaman Model FE ( Filem 35mm ) seingga lah hari ini tetap berada di pasaran.  Nikon sentiasa upgred teknologi untuk memberi gambar yang berkualiti dan terbaik. Pada pendapat saya, Harga sebuah Kamera Nikon Lebih Mahal dari kamera Canon... Kelemahan yang terdapat pada Nikon dari segi harga. Kamera Nikon selalunya di gunakan di Studio Fotografi kerana Kualiti gambar nampak lebih meyerlah dan menarik dari segi Tone, Shadow, Color dan Mode dalam gambar itu...   Adakah anda pernah mencuba? 

Canon, Tidak asing lagi dipasaran. Ramai pengguna menggunakanya  kerana harganya agak lebih murah dari Kamera Nikon. Selalunya kamera Canon di gunakan untuk mengambil gambar yang pergerakanya laju sepeti F1, Bola sepak, Bot Laju dan beberapa aktiviti yang melibatkan pergerakan yang laju. Kelemahan kamera Canon dari segi Contrast gambarnya agak tinggi sedikit dari Nikon. Sekeping gambar yang di ambil dalam keadaan sama F: Speed dengan nikon, kualiti gambar Canon agak cerah dan putih sedangkan nikon lebih gelap sedikit. kepunggunaan kedua kamera ini hampir sama. Perbezaan kedua kamera ini dari segi kedudukan ( Button ) yang boleh di ejas atau Playback gambar serta setting dalam menu. 

Harus di ingat kepada pengguna, Kita harus memahami secara faham keatas setiap kepunggunan yang terdapat pada badan kamera yang kita miliki dan bukan menghafal setiap butang di antara satu kamera dengan kamera yang lain jenama. Belajar memahami dengan jelas dan praktik setiap menu yang berfungsi dengan berlainan agar kita dapat menilai hasil gambar yang kita snap itu. Teruskan usaha mempelajari teknik dan tip melalui badan kamera DSLR kita.


Sunday, 13 May 2012

Laptop ke Desktop?

Assalamualaikum..rasanya sudah lama saya tidak update blog saya ini. hari ini rasa macam nk kongsi sedikit pengisian untuk rakan-rakan blog.Saya harap perkongsian ini dapat membatu rakan-rakan untuk membuat pilihan sama ada untuk memiliki laptop ataupun dekstop..

Laptop atau Desktop? Persoalan ini mungkin timbul seandainya anda ingin membeli komputer peribadi baru samaada untuk kegunaan diri sendiri ataupun keluarga. Di sini disenaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan dalam memiliki sama ada laptop atau dekstop – pilihan di tangan anda. 

Adakah saya suka mengembara? Atau saya kerap melakukan kerja di luar pejabat?
Jika anda berada dalam kategori ini, maka laptop adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda. Tidak kira sama ada untuk tujuan perniagaan atau sekadar melancong, anda akan dapati bahawa laptop adalah pilihan yang paling ideal untuk anda.
Sekiranya anda seorang yang suka melancong, anda dapat memasukkan gambar yang diambil menggunakan kamera digital dengan mudah– anda hanya perlu memindahkan gambar yang diambil ke dalam komputer sekiranya ruang di kad memori hampir penuh, maka anda tidak perlu bimbang untuk membeli lebih banyak kad memori . Selain itu, anda dapat menonton CD video kegemaran anda yang dibeli di mana-mana tempat anda melancong dengan segera. Jika anda seorang ahli perniagaan, maka urusan perniagaan anda akan bertambah mudah, dan segala maklumat pelanggan berpotensi kekal dan mudah untuk ditambah ke dalam laptop anda. 

Tidak kira sama ada anda pelancong atau ahli perniagaan, anda boleh mengakses ke internet dengan mudah dan percuma di kebanyakan tempat perlancongan serata dunia, termasuk Malaysia. Dengan kemudahan hotspot di kebanyakan tempat di seluruh negara, terutamanya di lapangan terbang dan hotel perlancongan, anda dapat memanfaatkan teknologi Wi-Fi sekiranya ia disertakan sekali bersama-sama laptop anda. Selain itu, anda juga dapat memanfaatkan teknologi 3G masakini pada laptop anda dan dapatkan akses berkelajuan tinggi ke internet dengan mudah tanpa had di mana-mana tempat anda pergi.  

Adakah laptop benar-benar ‘portable’ dan fleksibel? 
Kenyataan ‘mudah untuk di bawa ke mana-mana’ untuk laptop sebenarnya adalah terhad. Katakan, sekiranya anda membeli sesebuah laptop, dan setelah beberapa ketika anda menggunakannya, anda akan dapati bahawa anda perlu menambah beberapa aksesori lain bagi memenuhi keperluan anda, misalnya hard disk dan DVD+RW. Jika anda tidak bernasib baik, ruangan pada saiz laptop anda yang terhad memaksa anda menggunakan aksesori tambahan ini secara external – dengan kata lain, anda harus membeli hard disk external atau DVD+RW external yang dipasang pada port USB, berbanding dengan Desktop di mana ia boleh dipasang di dalam Mini Tower Casing. Dan tidak pula lupa untuk disebut – peralatan aksesori external adalah jauh lebih mahal berbanding dengan aksesori internal. Misalnya, hard disk yang dipasang secara internal (di dalam laptop atau desktop) adalah lebih murah dari hard disk external.  

Bagaimana dengan penyelengaraan dan servis? Mana lebih mudah? Dan lebih murah?
Secara amnya, menservis dan menyelenggara desktop PC adalah lebih mudah berbanding dengan laptop. Anda bebas membuka dan memasang perkakasan/hardware di desktop PC dengan mudah berbanding dengan laptop, terutamanya ketika komputer anda menghadapi masalah dengan perkakasan/hardware. Satu kekurangan laptop ialah kos menservis atau menaik taraf adalah lebih tinggi dan mahal. Misalnya, harga untuk sekeping modul memori (RAM) laptop boleh mencecah sehingga dua kali ganda harga RAM dengan spesifikasi yang sama untuk desktop. Selain itu, pemilihan komputer desktop memberikan anda kelebihan untuk menaik taraf PC dengan mudah berbanding laptop lantaran ruangan casingnya yang jauh lebih sempit dan terhad.  

Adakah anda peminat games atau permainan PC?
Jika jawapan anda adalah ya, maka desktop adalah pilihan paling ideal bagi anda. Ini kerana anda akan mendapat kualiti video yang lebih mantap di monitor CRT yang didatangkan bersama-sama komputer desktop. Selain itu, anda mungkin ingin meningkatkan prestasi graphics card dan sound card anda dari semasa ke semasa. Maka dengan PCI slot dan ruangan Mini Tower Casing yang lebih besar, penambahan atau penukaran expansion card untuk tujuan naik taraf prestasi PC akan menjadi lebih mudah dan murah. 
  
Apakah yang sesuai untuk pelajar?
Secara amnya, laptop adalah pilihan paling ideal untuk para pelajar terutamanya penuntut di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi. Ini bagi memudahkan pelajar dan penuntut untuk mencatat nota, menyampaikan persembahan di dalam kelas dan tidak kurang juga untuk melayari internet melalui sambungan Wi-Fi ke hotspot yang sudah boleh didapati di kebanyakan IPT tempatan. 

Tetapi, bagi pelajar yang ingin mendalami hobi PC, seperti mengenali hardware, memasang dan menyelenggara perkakasan/hardware komputer, maka desktop adalah pilihan yang paling ideal lantaran reka bentuknya yang memang amat sesuai bagi mereka yang ingin mendalami ilmu hardware PC – yakni anda dapat membuka, menambah sebarang aksesori dalaman pada komputer desktop anda.

Harga
Dari segi harga, laptop & desktop lebih kurang je, jika budget rm 1700 sudah memadai untuk mendapatkan sebuah laptop + free bag & mouse.. silap2 boleh dapat CD-R kosong percuma!!.. tapi kalau nak buat perbandingan, daripoada segi spec.. memang laptop akan kurang.. dengan budget rm 1800, kita cuma boleh dapat spec AMD Turion atau Intel celeron saje, ram 1Gb dan Hdisk 120GB.. kalau ikut, memang dah mencukupi.. tapi kalau nak di bandingkan dengan desktop, Rm 1800 boleh dpt Intel Core2 duo 1.7-2.0ghz dan 2Gb ram serta Hdisk 160GB…opss.. blh dpt LCD 19” jgk..hehhe.. kebiasannya dari segi baik pulih, harga bagi komponen laptop akan jadi 2-3kali ganda daripada desktop
Jadi, tepuk dada, selok poket!